//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Assalamualaikum.. Salam Ukhuwah, may Allah Bless :D


Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Cik Aiza :)
Others:   


MauludNabi di Tenom


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu :)
Allahumma Solli `Ala Muhammad 
''SUATU KETIKA DAHULU, TENOM''

Alhamdulillah, berlalu suda MauludNabi Muhammad yg kita cintai. Jatuhnya pada tarikh 24 Januari 2013, hari khamis :) ulangtahun kelahiran Rasulullah . ``I LOVE MUHAMMAD``

Pada hari rabu yang lepas, berangkatnya rombongan ``kelab Rakan AQSA`` seramai 36 orang (rasanya, dan aiza tak terkecuali) pada pukul 3.45p.m something. Tujuan kami ke sana untuk mengahadiri satu event di Daerah Tenom sebagai wakil AQSA. Memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul. Pemergian kami bukanlah untuk bersuka-suka. Tapi ada misi disebaliknya. Kami dengan sukarela, menolong Ustaz Rapi dalam urusan AQSA ne. Sepanjang perjalanan melalui jalan Kimanis-Sipitang. Aiza duduk bersebelahan dengan sahabat aiza iaitu AIN. Apa yg kami lakukan ialah ... TIDUR :) sepanjang perjalanan mata ini tertutup sahaja.(mula-mula seja excited tu).

Kami sempat menyinggah di Masjid Sipitang bagi menunaikan Solat Asar. Di situ, terdapat beberapa orang sedang menyiapkan persediaan bagi MauludNabi esok. Ternyata dunia ini kecil, terjumpa dengan ex Limauan iaitu ka Hazs . Lepastu kami, perjalanan disambung Sipitang-Tenom. Sepanjang perjalanan aiza tak tidur tau. baca buka dan bergila dgn si kawan Syamimi and Ain. Sikit-sikit makan, tak pandai kenyang. Then, tibalah satu moment yg sgt suspen.. ketika bas tersekat masa naik bukit. nak terjatuh jantung ni terkejut. kesian Ain, aiza genggam tangan dia kuat-kuat. nasib tak patah. Alhamdulillah, dengan berkat Allah. Bas masih boleh menaiki bukit tersebut. lenguh juga menunggu sampai. apa tidak, satu perjalanan yg panjang tanpa singgah-singgah. nasib masa tu aiza langsung tak berhajat (walaupun banyak makan dan minum). jalan punya jalan.. akhirnya sampai ke Tenom, Alhamdulillah . Kami sampai kira-kira pukul 7mlm rsya. Pada malam itu, kami mnginap di RESORT PADAS VIEW. Abah ckap kena seponsor oleh orang kaya, ntah siapa. apapun Semoga Allah merahmati dia. Dulu, masa aiza kecil, aiza pernah pegi sna, ketika arwah matua msih ada. Tapi, setelah menjejak kaki kesana. semunya sudah berubah. sangat berubah. walaupun aiza ingat tempat tu lupa-lupa ingat. tapi, serius.. aiza ingat kenangan di sana. BERBEZA. kami pun di iring ke chalet. dalam satu bilik dimuatkan dengan 6 orang iaitu, ka Amal, ka Jub, Dibo, Ayank, Ain, Aiza, and Dsyam. tapi bilik kami ada tandas. kira sepesel . jadi.. dtglah orang bilik sebelah, tumpang ambil air wudhuk . nak jamak takhir . Seusai solat, aiza pun tidur.. sebelum tidur aiza ada sms abah.. untuk bgitau yg kami dah arrived. Then.. aiza dibuai mimpi.

Pada kesokan harinya, kami bergegas bergerak ke dewan Antanom Tenom. sebelum tu, sempat lagi aiza ambil gambar pemandangan Padas View tu. SubbahanAllah .. Lawa ..

*lawakan ?*

Lepas sarapan kami pun berangkat . Dalam bas tu, aiza duduk membaca buku je. then, berlimpaslah dengan satu padang ni. MasyaAllah. Ramainya orang Tenom brkumpul untuk merayakan MauludNabi. Rasa terharu pula . Akhirnya , tibalah kami ke Dewan Antanom . Sampai je, trus buka port dan ustaz agih-agihkan tempat ltak kutipan derma. masa tu, aiza bngga sagt sebab dapat jadi wakil AQSA bagi sesi ke Tenom. Bila suda tergantung Banner-banner anak palestin di dinding, rasa sgt-sgt bersemangat nak kutip derma . bagi kami, biarlah kami org pertama yg memasukkan duit ke dalam tabung . Tak kisah berapa yg msuk, kerana, Allah bukan melihat nilai. Allah melihat ke ikhlasan dari hati. Jadi, kami pastikan semua tabung telah berisi dengan wang kami, bukan niat kami, setelah kutipan kami ambil. tapi, biarlah ia di sedekahkan kepada saudara di sana. Bermulanya majlis tersebut. kami diarah untuk berkumpul di dalam dewan. Sebelum tu, kami snggup berhutang dengan Ustaz untuk membeli Mafla AQSA SYARIF. Mafla itu sebagai satu lagi semangat untuk kami gugurkan rasa malu di muka kelak untuk membuat kutipan. Dengan adanya Mafla itu, rasa bangga dan semangat tersepat di hati. Manusia semua ada kelemhan kecuali para Nabi yang bersifat Maksum. Banyak gelagat orang ramai yang aiza nampak. Ketika majlis bermula, ada sedikit ucapan yng disampaikan dari YB Tenom. ketika itu, aiza dan Sahabat BERGAMBAR.(perbuatan yang tak baik, jgn jadi ikutan) Selepas perasmian majlis, Ustaz Rapi dan Tuan Fadly menyerahkan tabung derma untuk saudara palestin. Ketika itu juga, kami memulakan operasi, mengutip kutipan. Aiza sgt terharu semasa membuat kutipan kerana, adik kecil pun turut menderma. ketika itu, dia mereka menyeluk poket didada masing-masing dan mngeluarkan beberapa sen. Tersenyum aiza melihat, MasyaAllah, Rahmatilah mereka. Kutipan mendapat sambutan yg sngt tinggi. tak kira muda atau tua menderma. Bahagia melihatnya. 

Hasil kutipan telah dikira. wang yang terkumpul itu berjumlah 4 ribu lebih . MasyaAllah . Alhamdulillah . Semua itu rezeki Saudara di Palestin. Bahagia kami para pengutip. Berbaloi jua. Di booth, kmi ada mnjual brgn AQSA. Aiza tak terkecuali mmberi untuk Ummi wa Abi . Selesai majlis, kami solat dan balik. Kami tiada mnyinggah mana-mana kedai. Terus balik melalui jalan keningau. Kami sempat mnyinggah di satu tempat yg sejuk. Bergambar sakan. Ketiaka itu, terimbau kembali kenangan lama. Kenangan Lawatan ke Ranau dan yg paling utama BTN. Sadis mengingatnya . Masa tu juga handphone aiza ambis batteri. Hampeh !! 

Sesampai kami di sekolah. terus bersiap turun solat berjemaah di Masjid. Malam tu kami FREE night . Di dorm, bergambar sakan aiza dgn 2 org shbt baik aiza. tak puas ketika di bukit. bergambar di dorm . bagi memuaskan hati . Malam tu, kami wish adik dorm yg bfdy hari rabu. Aiza lupa btul dia bfdy.. kmi wish .. dia ngis, sebab nak pulang. begitulah malam aiza berakhir. Tulis dairi dan tdur. Tdur dgn lena sekali. Alhamdulillah.

``SOLLU `ALA MUHAMMAD``

kenangan Tenom Tersemat....


*Ain and Syamimi :)*

*bergambar di depan booth kitorang :)*

*ukhti form 5*
*ka`Jublina and ka`Jaja

*Peace For Palestine*


*its a meanfull trip :) insha Allah*